0%

Kelas Al Quran dalam talian

Menerusi aplikasi LIVE NGAJI™ - Akan Datang!

MENGENAI
LIVE NGAJI

_

Live Ngaji adalah sebuah platform pembelajaran Al Quran secara dalam talian menerusi aplikasi LIVE NGAJI.

 

Live Ngaji menyediakan dua bentuk pembelajaran iaitu :

1. IQRA
Panduan permulaan untuk membaca Al Quran. Pelajar akan mempelajari asas mengenal huruf-huruf hijaiyyah, mengenal baris-baris serta belajar menyambung ayat secara asas daripada Iqra 1 hingga 6.

2. TALAQQI AL QURAN
Pelajar akan mempelajari bacaan secara bertalaqqi, iaini tenaga pengajar akan mendengar dan menyemak bacaan serta membetulkan bacaan yang salah.

SOALAN LAZIM

_

Bolehkah aplikasi Live Ngaji digunakan sekarang?

Aplikasi ini masih dalam pembangunan. InsyaAllah aplikasi ini dijangka akan berada di Appstore dan Play Store sekitar Mac 2021.

Saya tidak pandai mengaji walaupun saya sudah dewasa. Bolehkah saya menggunakan Live Ngaji untuk belajar bersama Ustaz/Ustazah?

Sudah pasti! Kami sangat mengalu-alukan semua pihak untuk belajar di Live Ngaji. Anda boleh memilih dengan bermula belajar Iqra melalui aplikasi kami. Misi utama kami, sememangnya untuk membantu semua masyarakat tidak kira umur untuk menghayati keindahan Al Quran bersama-sama, Insya Allah.

Saya tidak sabar menggunakan aplikasi Live Ngaji! Bolehkah aplikasi ini dipaparkan di Ipad, Tablet atau Desktop/PC?

Aplikasi Live Ngaji versi 1.0 hanya boleh dipaparkan di telefon bimbit dan hanya boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Store. Untuk pengguna Huawei, Ipad dan sewaktu dengannya, tidak boleh.

Saya berminat untuk belajar 1 to 1 dengan Ustaz B. Bagaimana pula dengan yuran pembayaran?

Kami menggunakan kaedah sesi 1 to 1 dalam aplikasi ini. Untuk kelas lanjutan dengan mana-mana tenaga pengajar, kami cadangkan anda untuk hubungi dan berbincang secara peribadi dengan guru B.

Kawasan di rumah saya tidak mempunyai line internet yang stabil. Bolehkah saya menggunakan aplikasi ini tanpa internet?

Aplikasi ini memang memerlukan internet yang stabil kerana kami menggunakan sistem pembelajaran secara live video dan audio.

Saya tinggal di Singapore. Bolehkah saya menggunakan aplikasi ini?

Bagi aplikasi Live Ngaji 1.0, kami hanya menumpukan pengguna di Malaysia sahaja. InsyaAllah, dari masa ke semasa kami akan update mengenai penggunaan aplikasi Live Ngaji di luar Malaysia pula.

Saya berminat menjadi salah seorang tenaga pengajar Live Ngaji. Adakah saya boleh menjadikan Live Ngaji tempat mencari rezeki?

Ya sudah tentu boleh. Kami menyediakan platform untuk membantu ustaz dan ustazah di luar sana yang berkelayakan mengajar dan menjana rezeki. Jika anda layak, sila daftar sebagai tenaga pengajar Live Ngaji .

Anak saya berumur 10 tahun dan saya berminat untuk menggunakan aplikasi ini untuk anak saya belajar. Bagaimanakah pula dengan faktor keselamatan aplikasi ini?

Kami tidak menghadkan umur bagi penggunaan aplikasi ini. Dari segi keselamatan, pihak kami akan pastikan tiada pautan-pautan iklan yang keluar dalam aplikasi ini. Pantauan daripada ibu bapa adalah sangat digalakkan sepanjang penggunaan aplikasi ini.

This error message is only visible to WordPress admins

Error: API requests are being delayed. New posts will not be retrieved for at least 5 minutes.

Contact

INGIN

HUBUNGI

KAMI?

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI LIVE NGAJI:

info@livengaji.com